Sebagai permulaan, model base Razer Blade ini akan mempunyai ukuran 3.1mm lebih tebal dari model advanced. Ukuran lebih tebal ini membolehkan Razer Blade model biasa ini diletakkan port LAN di dalamnya. Ia juga dapat memuatkan dua tetapan ruang storan SSD dan HDD.
Selain itu, model advanced mempunyai kelebihan berbanding model biasa. Resolusi paparan untuk model advanced ditawarkan dalam FHD dengan kadar penyegaran skrin sehingga 144Hz dan 4K dengan kadar penyegaran skrin sehingga 60Hz. Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 (Max-Q) juga ditawarkan untuk model advanced berbanding GTX 1060 (Max-Q) untuk model advanced dan biasa.
Razer Blade model biasa menampilkan papan kekunci dengan sokongan zon tunggal Chroma manakala model advanced menyokong Chroma untuk setiap kekunci.
Razer Blade 2018 dijual dengan harga US$1899 (RM7,895) untuk model advanced dan $1599 (RM 6,647) untuk model biasa. Razer juga mengeluarkan warna khas, Mercury White untuk model advanced yang mempunyai spesifikasi yang sama untuk model advanced. Peranti Razer Blade ini akan mula dijual ke rantau Asia Pasifik bermula pada bulan hadapan.
Berkaitan
- Razer Mamba Hyperflux, Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri
- Razer Lancar Opus X, Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif
- Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk
- Razer Sila, Router Gaming Untuk Gamers Oleh Razer
- Razer Melancarkan Program 'Paid To Play' Mereka
- Razer Bakal Mengeluarkan Peranti Telefon Pintar?
- Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas
- Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia
- Cip SoC Xiaomi, Surge S2 Mungkin Akan Menemui Pasaran Di MWC 2018
- Razer Phone: Peranti Android Untuk Penggemar Permainan