Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook pro

Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk

Diterbitkan Julai 16, 2018 · Dikemas kini Julai 16, 2018 oleh Wiser MY

MacBook Pro 2018 telah dilancarkan oleh Apple Inc beberapa hari lalu dengan peningkatan spesifikasi seperti cip Intel generasi ke-8 dan juga kad grafik GPU yang baharu.

Namun bukan itu pengguna MacBook Pro nantikan kerana versi MacBook Pro sebelum ini terpalit isu lain yang lebih memeningkan mereka; papan kekunci. Apple Inc memperkenalkan suis papan kekunci terbaru mereka, Butterfly keyboard pada tahun 2015.

Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk

Sejak generasi pertama papan kekunci ini diperkenalkan, kebanyakkan pengguna merungut yang papan kekunci mereka tidak lagi berfungsi dengan baik. Apple Inc. juga telah memperkenalkan program penggantian papan kekunci percuma bagi model-model terpilih sahaja.

Masalah ini dipercayai berpunca daripada habuk yang memasuki suis butterfly dan kerana ruang suis yang begitu kecil, menyukarkan lagi kerja-kerja pembersihan dibuat.

Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk

Apple Inc. menyelesaikan masalah ini dengan meletakkan lapisan silikon halus di sekeliling suis tersebut bagi menghalang habuk dari memasuki ke kawasan suis. Paten Apple sebelum ini menerangkan perkara yang sama mengenai cara mereka menangani masalah habuk untuk peranti MacBook mereka.

Mekanisma ini mungkin mempunyai membran atau gasket yang menghalang pencemar dari memasuki kawasan di bawah key caps.

Apple Inc. menghadapi beberapa saman dari pengguna mengenai isu papan kekunci butterfly mereka dan Apple sudah pun memperkenalkan program penggantian papan kekunci untuk model terpilih:

  • MacBook (Retina, 12-inci, 2015)
  • MacBook (Retina, 12-inci, 2016)
  • MacBook (Retina, 12-inci, 2017)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016)
  • MacBook Pro (13-inci, 2017)
  • MacBook Pro (15-inci, 2016)
  • MacBook Pro (15-inci, 2017)

Untuk menggantikan papan kekunci tanpa perlindungan warranti dari Apple, pengguna sekurang-kurangnya perlu membayar sehingga RM 2,800.

Sumber: Hothardware, MakeUseOf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY