Razer Melancarkan Program 'Paid To Play' Mereka

Pernahkah anda berharap dibayar untuk bermain permainan video? Pemain profesional permainan dibayar dengan lumayan selari dengan kebolehan mereka. Bagaimana untuk mereka yang tidak mampu pergi ke tahap profesional? Razer memperkenalkan program mereka diamana anda dibayar untuk bermain.

Bayaran mereka pula bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi anda akan dibayar dalam zSilvers iaitu mata wang maya Razer.

Mata wang itu boleh diperolehi dengan bermain melalui perisian Cortex Razer dan permainan yang disokong ketika ini. Sebagai contoh, Paladins, League of Legends, Counter Strike: Global Offensive, Dota 2, dan Overwatch. Mungkin permainan yang dimain oleh majoriti pemain Malaysia. Apa yang anda boleh dapat dari zSilvers? zSilvers boleh ditebus untuk barangan Razer, baucar diskaun, dan barangan ekslusif, dengan senarai penuh boleh dilihat di sini.

Mungkin anda tidak boleh mendapat wang yang banyak seperti pemain profesional namun apa salahnya jika sesiapa yang sedang bermain permainan di atas dan dalam masa yang sama boleh mendapat sedikit ganjaran. Menyelam sambil minum air tu. Silap-silap boleh dapat 'mouse' baru nanti.

Sumber