Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Task Force dwirangkaian 5G

Kerajaan Tubuhkan Pasukan Petugas Untuk Pelaksanaan Dwirangkaian 5G

Diterbitkan Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Lanjutan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan pada 8 Mei 2023, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan untuk membentuk sebuah Pasukan Petugas (Task Force) bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) berjaya mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, serta peralihan kepada model dwirangkaian berjalan lancar pada 2024.

Berkaitan

  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G

Difahamkan, Task Force ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKD serta diurusetiakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ia akan turut dianggotai oleh pihak DNB, penyedia perkhidmatan termasuk CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL dan U Mobile serta pihak-pihak lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Dengan penubuhan Pasukan Petugas ini, ia akan memantau rangka kerja dan pelan peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia bagi menjamin kelancaran pelaksanaannya dari aspek perundangan, teknikal dan kewangan.

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY