Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: A smartphone with the Huawei and 5G network logo is seen on a PC motherboard in this illustration

EU, AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Risiko Keselamatan Rangkaian 5G Huawei

Diterbitkan Mei 2, 2023 ยท Dikemas kini Mei 2, 2023 oleh Amalina Athman

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah memberi amaran kepada Malaysia mengenai risiko terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing, dalam memuktamadkan semakan pelaksanaan 5G yang membolehkan Huawei terlibat dalam pembangunan infrastruktur 5G.

Berkaitan

  • Kerajaan Dilapor Rancang Perkenal Rangkaian 5G Kedua Untuk Pecah Monopoli
  • Rangkaian Kedua 5G Untuk Saingi DNB? Ini Jawapan Fahmi Fadzil
  • Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
  • HUAWEI P60 Pro Dan Barisan Produk Lain Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini

Memetik Financial Times, EU dan AS telah menulis surat kepada kerajaan pada April selepas ia memutuskan untuk mengkaji semula keputusan pemberian tender bernilai RM11 bilion kepada Ericsson bagi pembangunan rangkaian 5G.

Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters mendakwa “risiko keselamatan negara”, melainkan kerajaan kekal dengan rancangan asalnya untuk penggunaan 5G.

Sementara itu, ketua delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata sebarang perubahan pemberian tender tersebut mungkin akan memberi kesan negatif yang ketara. Bukan sahaja kepada kontraktor yang dipilih, tetapi berkemungkinan menjejaskan tarikan Malaysia dengan lebih meluas sebagai destinasi perniagaan untuk pelabur EU, khususnya pada sektor teknologi tinggi yang bergantung kepada vendor 5G yang dipercayai.

Buat masa ini, Huawei, wakil EU dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sumber: Financial Times

Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY