HUAWEI nova 9 SE Dilancarkan Pada Harga RM1099, Fokus Fungsi Fotografi

Sebentar tadi, HUAWEI telah melancarkan satu lagi model baharu untuk siri nova 9 iaitu Nova 9 SE. Peranti ini adalah  peranti permulaan untuk siri nova 9 tetapi ia mampu memberikan prestasi seperti peranti andalan.

Mari kita lihat apa yang ada pada peranti nova 9 SE ini. Pertama sekali, ia dihadirkan dengan skrin sebesar 6.78 inci jenis LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Bazel pada skrin ini juga halus memberikan pengalaman skrin penuh yang lebih memumaskan.



Pada sistem kamera pula, nova 9 SE ini dilengkapi sistem 4 kamera dengan lensa utama sehingga 108MP memberikan kelebihan pada pengalaman fotografi yang baik. 8MP lensa ultra lebar, 2MP lensa depth dan 2MP makro meluaskan lagi kebolehan menghasilkan gambar yang lebih jelas, tajam dan menarik. Tidak lupa juga kamera swafoto 16MP AI Beauty pada bahagian hadapan.



Bukan sahaja untuk mengambil gambar, nova 9 SE juga memfokuskan pada ciri dan fungsi video mereka iaitu Super Vlog. Dengan fungsi ini, pengguna boleh merakam video Dual-View yang akan memaparkan kedua-dua bahagian depan dan belakang secara serentak.



Selesai rakam video, perlu edit pula. Semua lebih mudah dengan fungsi One-Click Video Compilation yang membolehkan pengguna sunting video lebih mudah dan lebih cepat.

Beralih kepada bateri, HUAWEI nova 9 SE ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan menyokong kengecasan pantas 66W SuperCharge. Anda tidak perlu risau kehabisan bateri kerana dengan pengecasan pantas ini, ia mampu mengecas penuh dalam masa 36 minit sahaja.



Untuk cipset pula, ia dijana dengan Snapdragon 680 dan menjalankan EMUI 12. Penyambungan juga lebih lancar walaupun disambungkan kepada beberapa peranti lain serentak seperti tablet, komputer mahupun telefon pintar.

Terdapat 3 warna untuk siri nova 9 SE ini iaitu Midnight Black, Crystal Blue, dan Pearl White. Jika berminat, anda boleh pra-tempah HUAWEI nova 9 SE bermula hari ini sehingga 18 Mac 2022 dengan harga RM1,099. Untuk pra-tempah, anda boleh boleh pergi ke Laman Rasmi HUAWEI,  Gedung Rasmi Shopee atau Lazada.



Setiap pembelian Nova 9 SE ini, anda akan dapat membawa pula HUAWEI FreeLace dan beberapa promosi pekhidmatan HUAWEI bernilai RM560. Cepat kerana tawaran ini terhad untuk pelanggan terawal sahaja.

Sumber: HUAWEI

Baca juga: