Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Demi Kebaikan Palestin, 15 Pekerja Google Protes Projek Nimbus

Google Dilapor Mengkaburkan Imej Satelit Yang Memaparkan Israel

Diterbitkan Oktober 5, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan telah mula memaparkan imej satelit beresolusi rendah di beberapa bahagian Israel dengan mengalih keluar imej berkualiti tinggi yang ditunjukkan sebelum ini tanpa sebab yang diketahui mengapa mereka berbuat demikian.

Imej komersial Amerika Syarikat (AS) terhadap Israel dan wilayah Palestin yang diduduki telah dihadkan pada tahun 1997 selepas Kongres AS meluluskan Pindaan Kyl-Bingaman, yang menghalang resolusi imej satelit kawasan itu kepada dua meter setiap piksel dengan alasan melindungi keselamatan negara Israel.

Itu bermakna bangunan dan jalan-jalan akan kelihatan kabur dan sukar untuk dikenal pasti.

Sebagai contoh rajah di bawah memaparkan imej satelit Lapangan Terbang Ben Gurion yang ditunjukkan di Google Earth dengan imej yang diambil pada Januari 2021 (Kanan) dan satu lagi diambil pada Mei 2021 (Kiri).Google Dilapor Mengkaburkan Imej Satelit Yang Memaparkan Israel

Namun begitu, larangan undang-undang itu sudah pun tamat 2 tahun lalu dan sejak itu Google telah mengemas kini imej israel dengan resolusi berkualiti tinggi – kecuali di Gaza dan bahagian Tebing Barat di mana Google terus memaparkan imej berkualiti rendah.

Imej-imej di beberapa tempat seperti Lapangan Terbang Ben Gurion, Lapangan Terbang Antarabangsa Utama Israel kini didapati kelihatan kabur di Google Maps dan Google Earth berbanding awal tahun ini.

Walaubagaimanapun di bahagian lain di Israel seperti pelabuhan di Haifa, Google masih mengekalkan imej resolusi tingginya sementara bahagian-bahagian lain pula ia tidak dikemas kini selama bertahun-tahun walaupun selepas tamatnya Pindaan Kyl-Bingaman.

Pada tahun lepas semasa pengeboman Israel ke atas Gaza dalam bulan Mei, penyelidik konflik melaporkan isu terhadap Google yang tidak mengemas kini perkhidmatan peta Semenanjung Gaza yang dikepung walaupun telah menawarkan imej yang lebih berkualiti di seluruh Israel.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Kekurangan imej yang jelas menyukarkan untuk menentukan bangunan mana yang telah dibom akibat serangan udara Israel. Sehingga hari ini, Google masih belum mengemas kini imej satelit Gaza.

Imej baharu dan berkualiti rendah muncul setahun selepas Google mengumumkan kontrak bernilai AS$1.2 bilion (~RM5.5 bilion) dengan Israel di mana mereka akan menyediakan perkhidmatan awan kepada kerajaan Israel.

Kontrak itu menyebabkan beratus-ratus pekerja Google telah keluar dari syarikat tersebut sebagai protes terhadap kontrak itu.

Sumber: Middle East Eye

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY