Rangkaian TV Jepun Mulai Siar Saluran 8K

Walaupun paparan 8K belum lagi dikomersialkan secara besar-besaran, Jepun sudah bersedia untuk menawarkan saluran TV untuk resolusi tersebut.

Semalam, NHK dan beberapa stesen TV lain telahpun menyiarkan saluran 17 saluran berdefinisi 4K. Sementara itu, bagi saluran 8K, hanya NHK sahaja yang menyiarkannya. Difahamkan, filem pertama yang tersenarai dalam saluran tersebut adalah 2001: A Space Odyssey

Penawaran ini dilihat selari dengan kehendak kerajaan Jepun yang mahukan perkhidmatan berdefinisi 4K dan 8K siap sedia menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=32&v=AOWehwgAkow

Menurut portal The Japan Times, beberapa TV 4k sedia tidak mampu menerima isyarat siaran 4K dan pengguna perlu memiliki penerima isyarat khusus. Selain itu, bagi menonton 8K dan beberapa siaran 4K, pengguna perlu menggunakan piring satelit khas.

Dengan kehadiran saluran yang menyiarkan kandungan berdefinisi 4K dan 8K ini, kita mungkin melihat lebih banyak TV dengan sokongan tersebut. Bulan lalu, Sharp telah mula menjual TV dengan sokongan paparan 8K pada harga $6600, iaitu lebih kurang ~RM27,590.

Sumber: The Japan Times dan Engadget