Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-26 at 12.00.10 PM

LG Patenkan Telefon Pintar Dengan 16 Lensa Kamera

Diterbitkan November 26, 2018 ยท Dikemas kini November 26, 2018 oleh Helmi Samsuri

Telefon pintar dengan tetapan kamera lebih daripada satu lensa bukanlah perkara asing pada masa kini.

Pengeluar-pengeluar juga sudah mula rancak menghasilkan telefon pintar bukan sahaja dengan dwi kamera malah tiga kamera.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, LG dilapor telah mempatenkan telefon pintar yang dilengkapi dengan 16 lensa disusun secara matrik (4×4).

Dengan paten tersebut, ia sedikit sebanyak membayangkan syarikat itu mungkin sedang mempersiapkan pembangunan peranti berkenaan.

LG Patenkan Telefon Pintar Dengan 16 Lensa Kamera LG Patenkan Telefon Pintar Dengan 16 Lensa Kamera

Sistem 16 kamera itu dikatakan mampu membuat rakaman gambar dari pelbagai sudut. Selain itu, teknologi tersebut turut berupaya merakam foto 3D bergerak.

Boleh dilihat, dibawah susunan lensa itu terdapat cermin dan dikatakan ia akan berfunsi bagi rakaman selfie. Ini memberi gambaran penggunaan skrin paparan penuh dibahagian hadapan peranti.

Nampaknya LG masih belum berpuas hati dengan sistem kamera yang dibawa pada LG V40ThinQ.

Baca juga – (Video) LG Kongsikan Kemampuan 5 Kamera LG V40 ThinQ

Sumber: Lets Go Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY