Menerusi sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), pemohon perlu menjana kod QR daripada aplikasi Gerak Malaysia.
Apabila melalui sekatan jalan raya yang dijalankan oleh PDRM, anda perlu memaparkan kod QR tersebut dan ia akan diimbas melalui telefon pintar oleh anggota polis.
Terlebih dahulu, pengguna diminta untuk mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi yang terkini iaitu versi 2.5 dari Google Play Store. Buat masa sekarang, versi terbaru untuk telefon pintar iOS dijadualkan siap sepenuhnya malam ini.
Menurut Pengerusi SKMM, Encik Al-Ishsal Ishak, pengguna yang tidak dapat memuat turun aplikasi ini disarankan untuk ke balai polis berhampiran. Ia bagi tujuan mendapatkan aplikasi manual berupa kertas yang boleh dipamerkan sewaktu sekatan jalan raya.
Ditanyakan sekiranya kemaskini iOS mengalami kelewatan, PDRM memaklumkan pengguna iPhone boleh menunjukkan halaman profil mereka didalam aplikasi Gerak Malaysia.
Janaan kod QR boleh dibuat selepas 12 tengah malam ini kerana ia hanya sah untuk penggunaan 24 jam sahaja. Untuk pengetahuan anda, perjalanan rentas negeri perlulah mengikut jadual yang ditetapkan.
Seperti contoh anda dari Kuala Lumpur mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mengambil isteri, perjalanan keluar dari Kuala Lumpur ditetapkan pada hari esok 7 Mei 2020.
Untuk patah balik ke Kuala Lumpur, anda tidak boleh melakukan perjalanan pada hari yang sama. Anda hendaklah menunggu 9 Mei 2020 (seperti yang ditetapkan untuk Pulau Pinang) untuk keluar dari Pulau Pinang menuju ke destinasi lain. Pastikan juga anda menjana kod QR yang baru untuk perjalanan tersebut.
Difahamkan lagi bahawa pihak PDRM tidak membenarkan perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam dan motorsikal.
*kemaskini – motosikal dan pengangkutan awam darat telah dibenarkan untuk pergerakan rentas negeri tetapi hendaklah mempunyai permit perjalanan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis yang berhampiran. Sila rujuk kenyataan media PDRM yang dikeluarkan pada 7 Mei 2020.
Untuk kategori-kategori lain yang disediakan didalam aplikasi seperti membeli barangan keperluan, rawatan dan sewaktu dengannya, ia akan digunakan pada masa hadapan oleh pihak PDRM.
Untuk maklumat sepenuhnya boleh tonton video dibawah bermula minit ke 21.
[LIVE] SIDANG MEDIA PENGARAH JSJ BERSAMA PENGERUSI SKMM
Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Pengarah Jabatan…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) onĀ Wednesday, May 6, 2020
Untuk soalan-soalan lazim berkenaan aplikasi Gerak Malaysia, boleh baca disini – Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Terkini Mengenai Aplikasi Gerak Malaysia Dan Perjalanan Rentas Negeri