Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-02-27 at 1.03.17 AM

#MWC2019 – HTC 5G Hub, Mampu Sambungkan 20 Peranti Untuk Rangkaian 5G

Diterbitkan Februari 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sedang mana pengeluar-pengeluar lain giat mempertaruhkan telefon pintar dengan sokongan teknologi 5G, HTC tampil berbeza dengan memperkenalkan HTC 5G Hub.

Merupakan sebuah hotspot 5G, ia bakal menghidangkan sambungan 5G kepada 20 peranti lain dalam satu-satu masa.

Fungsinya tidak terhenti disitu kerana ia turut menawarkan skrin paparan. Dikuasakan dengan Android Pie 9, ia mampu membuat penstriman rancangan TV dan filem dari aplikasi seperti Netflix. Untuk paparan yang lebih besar, anda juga boleh menyambungkannya ke TV melalui penyambung USB-C ke HDMI.

 

Selain itu, anda boleh mengakses kandungan melalui sokongan WiFi dan juga disertakan sokongan slot kad MikroSD.

Dari segi spesifikasi komponen dalam, ia disiapkan dengan Snapdragon 855, RAM 4GB, storan 32GB, dan bateri 7660mAh.

Harga peranti ini belum didedahkan lagi dan penawaran bakal dibuat sekitar suku kedua tahun ini dimulai di Amerika Syarikat dan seterusnya ke negara-negara Eropah lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY