
Selain itu, terdapat sistem sekuriti yang dipasang siap pada OS ini. Ia akan mengawal tingkah laku aplikasi dan modul didalam sistem operasi. Jika mahu menembusi sistem sekuriti ini, pengodam perlu memecahkan digital signature terlebih dahulu.
Segalanya dibina dari kosong! Tidak ada sedikit pun 'bau' Linux didalam sistem operasi ini. "Semua sistem operasi popular sedia ada dibina tanpa memikirkan sekuriti, tetapi tidak bagi kami" ujar Eugene Kasperksy. Ketua Pegawai Executive syarikat antivirus itu.
Untuk pengetahuan semua, mesyuarat pertama berkenaan projek sistem operasi ini berlangsung 14 tahun yang lalu! Bermaksud segala proses pengekodan (coding) dan ujian telah dilakukan dalam tempoh masa yang panjang serta berulang kali. Tahun pertama merupakan tahun syarikat itu membincangkan perkara-perkara teknikal, senibina dan sebagainya. Dan secara perlahan-lahan mereka membina sebuah pasukan (pakar sistem operasi sangat sedikit ketika itu).

Syarikat itu menyedari sistem operasi memerlukan banyak aplikasi yang berbeza dari segi menyediakan pelindungan asas bagi pembangunan sistem kawalan industri dan juga menyediakan pelindungan asas bagi pembangunan peranti tertanam (embedded) termasuk IoT (Internet of Thing).
Jadi dengan terciptanya sistem operasi Kaspersky ini, ia dijangka dapat membantu dalam melindungi IoT serta lapangan lain seperti industri, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya. Ia juga merupakan matlamat utama Kaspersky dalam menjaga keselamatan sistem perkomputeran dari digodam.
Sumber: Kaspersky
Berkaitan
- Jom Serbu "VIU Together Gather" Di Pavillion Kuala Lumpur Dengan Telefon Pintar Vivo V27 Yang Terbaru
- Carian Google Image Kini Disertakan Dengan Butang Lens
- Honor 6X Kini Berharga Bawah RM1000
- Tips Elak Penipuan Menerusi Panggilan Telefon
- HTC Malaysia Lancar Model Desire 10 Pro (RM1699) dan One A9s (RM1159)
- realme X50 Pro Player Diperkenalkan, Spesifikasi Sedikit Berbeza Dengan Sebelumnya
- Kad SD Express Akan Datang 4 Kali Lebih Laju Daripada Sedia Ada
- Ini Mungkin Spesifikasi Sebenar Huawei Mate 20 Pro
- Kedai Perkakasan Audio Bose Rasmi Dibuka Di Pusat Beli Belah 1Utama
- Kajian Expedia - Rakyat Malaysia Sukar "Berpisah" Dengan Telefon Pintar Ketika Penerbangan Jarak Jauh