Bagaimanapun, mereka masih lagi belum membuat sebarang pengumuman berkaitan nama rasmi Android P ini. Ia menyebabkan pengguna Android tertanya-tanya dan membuat pelbagai tekaan mereka sendiri berkenaan perkara tersebut.
Kredit : AndroidGuys
Pelbagai tekaan melibatkan pencuci mulut yang bermula dengan huruf 'P' telah dibuat dan antara yang paling popular ialah Popsicle, Peppermint dan Pancake. Namun segala persoalan yang bermain di fikiran mereka ini mungkin sudah terjawab.
Ini kerana, salah satu rakan dagangan Google iaitu Huawei mungkin telah mendedahkan nama bagi Android P atau Android 9 ini dalam satu maklum balas yang dibuat oleh pekerja kepada pelanggan mereka baru-baru ini. Nama penuh bagi Android P adalah Android Pistachio.
Kredit : tabletowo.com
Untuk pengetahuan, sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan Google menggelar sistem ini sebagai Android Pistachio Ice Cream dalam tugasan dalaman mereka. Maka laporan itu mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Android kali ini akan hadir dengan nama Pistachio - tanpa Ice Cream.
Sama-sama kita nantikan pengesahan dari pihak Google sendiri berkenaan dakwaan ini. Kami ramalkan kita akan mendapat jawapan dari Google tidak lama lagi memandang Android P dijadualkan akan dilancarkan pada suku ke-tiga tahun ini iaitu antara bulan Julai-September.
Sumber
Berkaitan
- Vivo V17 Dikhabarkan Bakal Tampil Dengan Skrin Super AMOLED Ultra O
- Presiden Sony Sahkan PlayStation 5 Sedang Dalam Pembangunan
- Samsung Pay Akhirnya Hadir ke Malaysia Selepas Hampir 2 Tahun Dilancarkan
- Peranti 5G Nubia Sah Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini
- Apple Setuju Bayar Pemenang "Shot on iPhone" Selepas Terima Kritikan
- iPhone XS & iPhone XS Max Hadir Dengan Sokongan Dalaman Sehingga 512GB, Sokongan Smart HDR
- Apple Diarah Tarik Balik Produk iPhone Dari Kedai Di Jerman
- Apple Akan Bawa Kembali Twitter Pada Mac
- Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan
- Apple Turut Melancarkan Fon Telinga Yang Diberi Nama AirPod