Cip dengan proses 8nm mempunyai sokongan rangkaian 5G menerusi modem Snapdragon X52 yang juga menyokong mmWave dan sub-6 GHz, mod SA dan NSA serta lain-lain.
Snapdragon 750G hadir dengan CPU Kryo 570 yang mempunyai peningkatan prestasi 20% dengan kelajuan boleh mencapai sehingga 2.2GHz. Dengan sokongan GPU Adreno 619, ia menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 10% berbanding Snapdragon 730G.
Ia turut mempunyai sokongan Qualcomm AI Engine gen-5 dengan 20% peningkatan prestasi AI berbanding Snapdragon 730G.
Lain-lain ciri adalah seperti dimuatkan dengan True HDR, menyokong panel 120Hz serta Snapdragon Elite Gaming untuk memberikan pengalaman memainkan permainan mudah alih dengan lebih baik.
Dalam pada itu, Qualcomm turut menyatakan telefon pertama dengan janaan cip Snapdragon 750G akan tersedia pada hujung tahun ini, dimana telefon Xiaomi akan menjadi antara terawal yang diperkenal dengan janaan cip tersebut.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- Qualcomm Perkenal Sensor Imbasan Cap Jari Pada Skrin Yang Terkini Dengan 50% Lebih Pantas
- Laporan: Qualcomm Bukan Lagi Pembekal Cip Terbesar, Kini Dipintas MediaTek
- realme Koi Adalah Siri Peranti Baharu realme Dengan Cip Snapdragon 888
- Prototaip Snapdragon 875 Memperlihatkan Skor 899,401 Pada AnTuTu
- Samsung Galaxy S23 FE Dilancar - Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM
- Qualcomm Dilaporkan Telah Menerima Lesen Untuk Menjual Cip Kepada Huawei
- Siri Snapdragon 400 Dengan Sokongan 5G Akan Diperkenal Pada 2021
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 480 - Dilengkapi Sokongan 5G Dan Panel 120Hz
- Black Shark 3S Dijangka Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 865+
- Kelemahan Keselamatan Ditemui Dalam GPU Apple, AMD, Qualcomm