Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Menyatakan Telefon Pintar Dengan Kamera 64MP Dan 100MP+ Mungkin Hadir Penghujung Tahun Ini

Qualcomm Menyatakan Telefon Pintar Dengan Kamera 64MP Dan 100MP+ Mungkin Hadir Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan Mac 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Saban tahun, pasaran telefon pintar hadir dengan barisan peranti yang diperlengkapkan dengan pelbagai teknologi baru.

Salah satu bahagian yang menjadi faktor penarik pembeli adalah tetapan kamera. Model dengan bilangan lensa melebihi satu sudah menjadi perkara normal didalam pasaran.

Untuk pengetahuan anda juga, Qualcomm sebelum ini ada mengemaskini spesifikasi cip mereka yang memperlihatkan sokongan sensor kamera sehingga 192MP untuk versi Snapdragon 660, 670, 675, 710, 845 dan 855.

Sokongan ini telah lama tersedia tetapi tidak diwar-warkan kerana resolusi tinggi tidak menyokong 30fps atau 60fps, dan multi-frame noise reduction (MFNR) serta Zero Shutter Lag (ZSL).

Namun, oleh kerana pengeluar sudah mula melengkapkan telefon pintar dengan sensor resolusi tinggi yang dikuasakan dengan cip Snapdragon, Qualcomm mengambil keputusan untuk mengemaskini maklumat spesifikasi mereka.

Menurut Pengarah Kanan Pengurusan Produk Qualcomm, Judd Heape memberitahu kepada laman MySmartPrice, beberapa pengeluar sudah mula membangunkan peranti dengan sensor 64MP dan 100MP+.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik nama-nama pengeluar terbabit, ia menggambarkan peranti-peranti dilengkapi dengan sensor besar itu berkemungkinan hadir sekitar hujung tahun ini.

Selain itu, cip seterusnya daripada Qualcomm ini juga akan mengimplementasikan piawaian HDR10+ sendiri. Ketika ini piawaian HDR10+ yang digunakan dibangunkan oleh Samsung dan Amazon pada 2017.

Judd memanggil cip itu sebagai Snapdragon 865 tetapi nama tersebut masih belum rasmi dan mungkin boleh berubah.

Sumber: Android Headlines dan 9t05Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY