Itu perkara yang masuk akal kerana pengeluar pastinya akan mengeluarkan produk terbaik mereka dengan perkakasan terbaik yang boleh mereka dapat.
Walau bagaimanapun, pasaran seperti China dan India, peranti berprestasi pertengahan sangat mendapat sambutan dan pengeluar seperti Xiaomi telah cuba memanfaatkan situasi seperti ini.
Qualcomm semalam telah mengeluarkan cip untuk peranti pertengahan dimana prestasinya dinaik taraf dari generasi cip pertengahan sebelum ini.
Cip Snapdragon 630 dan 600 telah mendapat penambah baikan dari segi antena X12 LTE yang ada di dalam Snapdragon 820 tahun lepas.
Dengan modem seperti ini, sambungan muat naik sebanyak 150 Mbps dan muat turun sebanyak 600 Mbps dapat dicapai.
Cip Sd 660 merupakan cip octa core di mana 4 core ditetapkan ke 2.2 GHz dan 4 core lagi berada di 1.8 GHz.
Dengan keluasan memori 29.9 GBps, hampir 2 kali ganda dengan apa yang ditawarkan oleh Sd 650, 652 dan 653 membolehkan cip ini beroperasi lebih baik dari 'abang-abangnya'.
Teknologi seperti QuickCharge 4 dan Spectra 160 ISP juga diletakkan di dalam cip ini.
Secara keseluruhan cip Sd 660 boleh dianggap sebagai cip pertengahan atas yang mempunyai sedikit sebanyak ciri dari keluarga 8xx.
Sementara itu, Sd 630 pula ialah cip pertengahan dengan 4 core Cortex-A53 ditetapkan ke 2.2 GHz dan 4 core lagi berfungsi di 1.8 GHz.
Cip grafik Adreno 508 dengan memori sebanyak 10.66 GBps memberi sedikit peningkatan dari versi terdahulu tetapi tidaklah memecahkan rekod kelajuan.
Sumber
Berkaitan
- Apple Tidak Akan Membayar Qualcomm Sebarang Royalti Semasa Kes Berlangsung Di Mahkamah
- Qualcomm Snapdragon X50: Modem Generasi Baru Membolehkan Teknologi 5G Untuk Telefon Pintar
- Cip Qualcomm Snapdragon 845 Tertiris Dalam Dokumen Mahkamah Apple: Bila Cip Ini Akan Keluar?
- Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI
- Qualcomm Snapdragon 710 Dijenamakan Semula Dari Snapdragon 670
- Samsung Galaxy Note 8 Akan Jadi Telefon Pintar Pertama Dengan Cip Snapdragon 836??
- Permintaan Modem Dan Cip IoT Membantu Qualcomm Mengukuhkan Pegangan Dalam Pasaran
- Qualcomm Sedang Memperkemaskan Cip Pertengahan Dan Utama Mereka
- Xiaomi Mi 6X Menggunakan Cip SoC Snapdragon 660
- Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz