Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
qualcomm cip

Qualcomm: Makin Tinggi ‘Demand’ Peranti Premium, Makin Sembuh Industri Cip

Posted on Mei 26, 2022

Setelah dua tahun industri pembuatan cip terjejas disebabkan pandemik, Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Cristiano Amon, melihat permintaan terhadap telefon yang “lebih baik” membantu menyembuhkan kembali para pengeluar cip.

Menurutnya, Qualcomm menyusun semula strategi mudah alihnya untuk memfokuskan pada produk premium dan peringkat tinggi.

Dia berkata sepanjang pandemik Covid-19, kegunaan telefon pintar terus meningkat, dengan lebih banyak kebergantungan terhadap mesyuarat dan kelas secara dalam talian.

Disebabkan itu, Ketua Qualcomm itu percaya ia adalah perkara yang boleh mengekalkan pasaran mudah alih stabil walaupun dalam menghadapi inflasi dan kekurangan sumber cip.

Pada bulan April, Qualcomm meramalkan pendapatan suku ketiga melebihi jangkaan penganalisis.

Qualcomm juga sudah menjalin kerjasama dengan Microsoft Inc dan TikTok untuk peranti realiti maya dan ada banyak lagi yang akan diumumkan.

Sumber: Nasdaq

Baca juga:

  • Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023
  • Sebab Kekurangan Cip, Toyota Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 100,000 Unit
  • Ketahui Maksud Di Sebalik Abjad Yang Ada Pada Cip Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress