Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023

Seperti semua tahu, seluruh dunia sedang menghadapi kekurangan cip yang juga telah menyekat pengeluaran dan jualan merentas beberapa industri, termasuk telefon pintar, peranti perubatan, dan kereta.

Namun, dari mana masalah ini bermula dan mengapa ia masih berterusan sehingga kini?

Apa itu cip?


Cip atau semikonduktor ialah komponen penting yang menggerakkan pelbagai jenis barangan elektronik termasuk telefon pintar, kereta, mesin basuh, peti sejuk, dan juga berus gigi elektrik.

Sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi permintaan terhadap cip jauh melebihi bekalan namun, sekatan pergerakan akibat pandemik menyebabkan kemudahan membuat cip di seluruh dunia terpaksa ditutup.

Memandangkan semakin ramai orang mula bekerja dari rumah, peningkatan permintaan untuk barang elektronik membanjiri rantaian bekalan.

Pengilang pula bergelut untuk mencipta cip yang mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, menyebabkan tunggakan yang semakin hari semakin parah.

Pelabuhan turut ditutup, - ada yang selama berbulan-bulan - menjadi faktor tambahan kepada kekurangan cip secara global.

Walaupun selepas pelabuhan dibuka semula, masalah itu berterusan kerana banyak bahagian rantaian bekalan pengangkutan tidak mempunyai kapasiti untuk menangani kesesakan di pelabuhan.

Apakah punca ia berterusan?


Walaupun dalam menghadapi permintaan yang tinggi, pembuatan tidak boleh ditingkatkan dengan notis yang singkat kerana sukar dan memakan masa untuk menyediakan faundri cip.

Disebabkan itu, syarikat seperti Intel, Samsung dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) semuanya telah mengumumkan kilang fabrikasi cip baharu sejak tahun lalu namun tentunya ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.

kekurangan cip

Ini boleh menjadikan kekurangan cip bertahan lebih lama kerana syarikat-syarikat tersebut akan membuat lebih banyak pesanan berbanding pembekalan.

Tambahan lagi, loji fabrikasi cip mahal untuk disediakan dan melibatkan banyak risiko.

Seperti di India, India pernah mencuba menubuhkan unit pembuatan cip tetapi ia tidak pernah beroperasi kerana ketiadaan perancangan jangka panjang dan kekurangan insentif kerajaan.

Kerajaan India kini dipercayai mahu meningkatkan pengeluaran cip di India dan telah mencadangkan pelepasan cukai bagi mereka yang menubuhkan kilang semikonduktor di negara itu.

Apakah impak daripada kekurangan cip?


Kekurangan semikonduktor atau cip pasti memberi kesan secara langsung kepada pengguna.

Justeru itu, ia telah mengganggu rantaian bekalan global dan mengekang pengeluaran elektronik.

Harga cip juga menjadi semakin meningkat dan akibatnya, harga peranti elektronik turut meningkat.

Syarikat seperti Apple dan Samsung telah mula menyimpan stok awal. Walaupun begitu, Apple menghadapi masalah dengan pengeluaran iPhone 13.

kekurangan cip Kapsyen: Cip M2 Apple.


Apple turut menghadapi penurunan 20% dalam kuantiti yang dihasilkan pada September - Oktober tahun 2021 berbanding ramalan sebelumnya.

Jika syarikat yang lebih besar dibelenggu oleh banyak isu seperti yang disebutkan, kita hanya boleh bayangkan sahaja betapa lebih teruk impaknya terhadap perniagaan yang lebih kecil.

Jurang antara pembekalan dan permintaan semakin meningkat dengan cepat.

Percanggahan ini telah mula mencerminkan peningkatan kos elektronik, masa menunggu yang lebih lama, ketiadaan barang dan sebagainya.

Penyimpanan stok mungkin telah menyelamatkan industri telefon pintar namun hal yang sama telah menjejaskan sektor automobil.

Ya, industri automobil paling teruk terkesan oleh krisis ini.

Pada awal pandemik, kebanyakan syarikat kenderaan takut akan kemelesetan ekonomi dan ada juga yang mengingkari kontrak jangka panjang.

Faundri cip mikro kemudian memperalatkan semula pembuatan mereka untuk menghasilkan barangan untuk barangan elektronik. Akibatnya, pembuat kereta dibiarkan begitu sahaja.

Bilakah isu ini boleh diselesaikan?


Pelbagai pendapat disuarakan berkaitan bila kekurangan bekalan cip akan berakhir.

Foxconn, pembekal Apple, telah berkata bahawa kekurangan itu boleh bertahan sehingga separuh kedua tahun 2022.

Pembekal utama cip kereta, Infineon, pula menyatakan bahawa bekalan tidak akan dapat mengejar permintaan pada skala yang lebih luas dalam tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Patrick Gelsinger, juga berkata bahawa kekurangan cip boleh bertahan selama dua tahun lagi.

Sebaliknya, kumpulan industri automotif China pula mengisytiharkan bahawa kekurangan cip kereta global yang paling teruk telah berakhir.

Rumusan


Tak boleh dinafikan lagi bahawa pandemik Covid-19 memberi kesan buruk kepada pelbagai industri termasuk pengeluaran cip.

Semoga isu ini dapat diatasi secepat mungkin.

Sumber: Blue Ridge Technology, Jabil

Baca juga:

Berkaitan