Qualcomm Mahu Penjualan Model iPhone 2018 Turut Diharamkan Di China

Qualcomm dilihat telah menghantar permohonan kepada mahkamah bagi mengharamkan penjualan iPhone XS, XS Max dan XR di pasaran China baru-baru ini. Beberapa yang lepas, mereka telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan jualan iPhone 6S hingga iPhone X di negara berkenaan.

Perkara ini dikatakan berpunca daripada dakwaan Qualcomm bahawa Apple telah menggunakan dua paten teknologi modem mereka tanpa kebenaran.

Kapsyen: Kredit: ZDNet


Bagaimanapun, Apple masih lagi meneruskan penjualan peranti mereka kerana mendakwa masalah ini hanya melibatkan model yang menggunakan sistem iOS 11 sahaja.

Mereka juga mengatakan tiada sebarang masalah pelanggaran paten yang berlaku pada model-model yang menggunakan iOS 12 terbaru ketika ini.

Dalam laporan lain, Apple berpendapat bahawa konflik di antara mereka dan Qualcomm ini mungkin akan mengakibatkan kesan buruk kepada industri telefon pintar di China.

 

Sumber: Engadget    Bloomberg