Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook

Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook

Diterbitkan September 9, 2017 oleh Haikel Areff

Pada yang belum tahu, Nokia baru sahaja melancarkan Nokia 8 di Malaysia. Dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan tetapan dwi-kamera Zeiss, kami boleh katakan kemunculan semula peranti perdana ini bakal menghangatkan lagi industri telefon pintar di Malaysia.

Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook

Antara ciri yang paling menarik perhatian adalah ciri “Dual Sight” baru yang membenarkan pengguna mengambil atau rakaman video dengan menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang serentak.

Nokia menggelarkannya sebagai “Bothie” atau secara mudahnya penggunaan kedua-dua kamera dengan serentak. “Both”…”fie”..maka jadilah “bothie”.

Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook

Dengan ciri Dual Sight ini juga pengguna dapat merakam dan strim video secara live dan Nokia berkata Nokia 8 adalah peranti pertama yang membawakan ciri seupamanya.

Setakat ini pengguna hanya boleh strim secara Live di Facebook dan Youtube sahaja. Penagih Instagram dan Snapchat perlu menunggu untuk kemaskini seterusnya.

Nokia 8 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu kelabu dan dua variasi biru pada harga RM 2299 dan ianya sudah mula dijual seawal hari pelancarannya semalam.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY