Kredit : GSMArena
Peranti ini dikatakan telah dibangunkan selama dua tahun dan tidak diketahui sama ada peranti Honor Note 9 akan dilancarkan kemudian atau tidak akan dilancarkan sama sekali. Honor Note 10 dijangka akan hadir dengan spesifikasi kelas perdana seperti Honor 10.
Beberapa hari yang lepas, Honor baru sahaja mengumumkan berkenaan peranti naiktaraf bagi model Honor 10 iaitu Honor 10 GT. Peranti tersebut bakal hadir dengan teknologi GPU Turbo yang turut dipasang pada peranti Honor Play. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Honor Note 10 ini akan menyokong teknologi berkenaan atau tidak.
Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan spesifikasi peranti ini, pemerhati industri menjangkakan peranti ini menggunakan sistem cip yang lebih baik berbanding Honor 10 mengambil kira perbezaan cip pada Honor 8 dan Honor Note 8 dahulu. Maka jika Honor 10 menggunakan cip pemprosesan Kirin 970, besar kemungkinan Honor Note 10 akan menggunakan cip terkini Kirin 980.
Selain itu, ia juga dikatakan akan mempunyai paparan skrin yang lebih besar berbanding Honor 10. Terdapat laporan yang menyatakan Honor Note 10 akan menggunakan skrin Super AMOLED 6.9-inci daripada Samsung. Huawei sebelum ini telah memesan skrin berkenaan untuk model mereka yang mempunyai kod nama 'Ravel'.
Honor masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan harga dan tarikh pelancaran peranti ini. Namun, ramai pihak yang menjangkakan Honor Note 10 akan hadir pada penghujung tahun ini.
Sumber
Berkaitan
- Huawei P20 Pro Mungkin Bakal Hilang Status Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik
- (Video) Huawei Membayangkan Siri Mate 20 Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar
- Jam Pintar Terbaru Huawei Mampu Merevolusi Dunia Permainan Video Mudah Alih
- Tunggu Dulu, Kemunculan Huawei P30 Semakin Hampir- Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini
- Huawei Carnival 2018 : Huawei Catat Peningkatan Jualan Hujung Minggu Sehingga 93 Peratus
- Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro, Watch GT - Bagaimana 3 Gajet Ini Menjadikan Percutian Anda Lebih Selesa
- Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan Ini
- Huawei Perkenal Watch GT 2 Dengan Bateri Yang Mampu Tahan Sehingga 2 Minggu
- Huawei Sekali Mempamerkan Rekod Jualan Yang Menakjubkan Dengan Mate 9