Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi Turbo – Sambungan Internet 10x Lebih Laju?

TM Benarkan Pelanggan Unifi Sedia Ada Untuk Beralih Ke Pakej Unifi Pro 100Mbps, Perlu Perbaharui Kontrak Selama 2 Tahun

Diterbitkan September 7, 2018 oleh Haikel Areff

Semalam kami telah melaporkan bahawa Telekom Malaysia(TM) telah mula menawarkan pelan Unifi Pro 100Mbps dengan harga langganan RM 129 sebulan. Namun, ia telah menimbulkan persoalan bagi mereka yang sedia ada melanggan pakej UnifiĀ  sama ada mereka dibenarkan untuk beralih ke pakej baru tersebut atau tidak.

Ia berikutan pelanggan yang melanggan pakej Unifi 30Mbps, 50Mbps dan 100Mbps sedia ada perlu membayar langganan bulanan yang lebih tinggi. Walaupun TM telah menjanjikan akan menaiktaraf pakej Unifi Turbo(peningkatan 10x kelajuan) pada pelan yang lain, ada dikalangan mereka yang menganggap ianya tidak perlu.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, TM telah mengesahkan bahawa pelanggan sedia ada dibenarkan untuk menaik-taraf atau menurun-taraf ke pakej Unifi Pro 100Mbps ini. Akan tetapi, kontrak langganan mereka perlu dilanjutkan untuk 24 bulan lagi.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1037874945374609408

Jawapan yang diberikan @helpmeunifi kepada soalan salah seorang pelanggannya @ndeetan1 di Twitter

Malah, mereka yang melakukan sedemikian juga akan terlepas daripada menikmati naik-taraf Unifi Turbo yang ditawarkan. Perkara ini turut disahkan oleh pihak TM yang telah kami hubungi sebentar tadi.

Pakej ini dilihat sesuai bagi mereka yang tidak memerlukan kelajuan Unifi Turbo dan mahukan bayaran langganan bulanan yang lebih rendah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh ke TMpoint berhampiran anda.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
©2026 WISER.MY