Fenomena Huawei Siri P20 ini masih lagi berlaku, dan terbaru, Maxis telah menawarkan dua peranti ini untuk dibawa pulang oleh pelanggan dengan hanya mengeluarkan RM 1 sahaja untuk peranti tersebut. Perkara itu boleh dilakukan dengan melanggan sama ada pakej pelan MaxisONE Plan 188 dengan satu rangkaian kongsi (MaxisONE Share 48 Plan Line) bagi mendapatkan Huawei P20, manakala untuk model P20 Pro pula, pelanggan perlu melanggan pakej MaxisONE Prime.
Dengan melanggan MaxisONE Plan 188 ini, pelanggan akan menikmati perkhidmatan data internet sebanyak 60GB sebulan serta panggilan dan SMS tanpa had ke setiap rangkaian. Tambahan pula, anda boleh berkongsi data anda dengan 4 orang yang lain. Semua ini dapat dinikmati dengan harga RM 188 sebulan.
Manakala, bagi mereka yang mahukan peranti Huawei P20 Pro pula, mereka perlu melanggan pakej MaxisONE Prime jika mahu mendapatkan peranti tersebut dengan harga cuma RM 1. Dengan data internet kelajuan tinggi tanpa had selain MaxisONE Home yang boleh mencapai kelajuan sehingga 100 Mbps, pelan ini dijangka menjadi pilihan ramai. Walaubagaimanapun, kedua-dua pakej ini hanya boleh dilanggan oleh pelanggan baru Maxis sahaja. Ini bermakna pelanggan sedia ada Maxis tidak layak untuk menikmatinya. Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan fon telinga Huawei AM61 Sport Bluetooth Headphones yang berharga RM178 secara percuma dengan setiap pembelian selagi stok masih ada.
Kedua-dua pelan ini mempunyai kontrak selama dua tahun untuk dipenuhi oleh pelanggan. Bagi yang berminat, anda perlu berkunjung ke Maxis Store yang berhampiran dengan anda kerana tawaran ini cuma boleh didapati di sana.