Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (1)

Huawei- Mate 10 Akan Menjadi Pencabar Utama iPhone

Diterbitkan Ogos 7, 2017 · Dikemas kini Ogos 7, 2017 oleh Haikel Areff

Huawei Mate 10 dikhabarkan dijadualkan pelancarannya pada 16 Oktober ini di Munich Germany, menurut satu laman web dari Poland, TableTowo.

Tidak banyak info yang tertiris tentang peranti ini. Menurut TableTowo lagi peranti ini akan hadir dengan paparan skrin 6.1 inci manakala Mate 10 Lite pula pada ukuran 5.8 inci sama seperti Samsung Galaxy S8.

Dari segi harga pula Mate 10 dijangka diletakkan pada lingkungan harga $1100, harga yang agak tinggi untuk sebuah telefon pintar. TableTowo juga merupakan sumber yang belum pernah didengari sebelum ini jadi kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang kesahihan berita ini.

Ketua Bahagian Pengguna Huawei, Richard Yu sebelum ini pernah berkata Huawei Mate 10 akan menjadi peranti paling unggul yang pernah mereka perkenalkan di pasaran dan mereka menjangkakan akan menjadi peranti utama dalam pertembungan dengan iPhone di pasaran.

Menurutnya lagi, peranti ini akan membawakan paparan tanpa bezel(EntireView), kamera yang lebih dasyat dan bateri yang tahan lebih lama. Dengan berita kerjasama mereka dengan syarikat pemasaran AT&T, dilihat impian mereka untuk menumpaskan iPhone agak cerah.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY