Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Lancar Cip Siri Snapdragon 700

Qualcomm Lancar Cip Siri Snapdragon 700

Diterbitkan Februari 27, 2018 oleh Helmi Samsuri

Jika anda pemilik telefon pintar Android flagship, ia mungkin dilengkapi dengan cip Snapdragon siri 800. Sekiranya anda mempunyai telefon pintar kelas pertengahan, Snapdragon siri 600 selalu digunapakai.

Bagi telefon kelas permulaan, kebiasaannya Snapdragon siri 200 atau 400 yang akan ditemui.

Apabila diperhatikan, Qualcomm gemar menamakan siri cip mereka dengan nombor genap, namun kali ini berbeza dimana syarikat berkenaan telah melancarkan Snapdragon siri 700.

Diramal mula dipasarkan kepada pengeluar peranti pintar lewat 2018 atau awal 2019, cip ini bakal memfokuskan kepada beberapa bahagian. Berikut adalah pecahan yang diberikan perhatian oleh Qualcomm.

Kecerdasan buatan (AI) – Siri kali ini akan memberikan penambahbaikan dari segi kecerdasan buatan, 2 kali lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh siri 600.

Kamera – Naik taraf Qualcomm Spectra ISP yang berupaya memberikan pengalaman baik dari segi rakaman siang dan malam, gerak perlahan, disamping bantuan AI.

Prestasi dan bateri – Menjanjikan 30% peningkatan kecekapan tenaga dan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 660. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 4+, pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit.

Sambungan – Siri 700 akan menawarkan teknologi Ultra-Fast LTE, dan Bluetooth 5.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY