Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Dijangka Perkenal Snapdragon 888+ Pada Separuh Kedua 2021

Qualcomm Dijangka Perkenal Snapdragon 888+ Pada Separuh Kedua 2021

Diterbitkan Januari 1, 2021 ยท Dikemas kini Januari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Qualcomm pada awal Disember lalu telah pun mengumumkan cip pemproses Snapdragon 888. Sementara itu, Xiaomi pula telah melancarkan peranti pertama iaitu Mi 11 dengan Snapdragon 888. Selain Xiaomi, antara peranti lain yang akan dilancarkan dengan janaan cip pemproses ini termasuklah realme Race, Samsung Galaxy S21, OPPO Find X3, OnePlus 9 dan sebagainya.

Terbaru, laporan dari Digital Chat Station menyatakan Qualcomm akan memperkenalkan Snapdragon 888+ pada separuh kedua 2021. Beliau turut mendedahkan sebab mengapa Qualcomm mengunci frekuensi GPU cip pemproses pada 840MHz. Ia dikatakan untuk mengelakkan OEM daripada melakukan overclocking cip secara diam-diam pada peranti mereka.

Snapdragon 888+ lancar

Bagi Snapdragon 888, konfigurasi cip ini termasuklah teras Cortex X1 dengan kelajuan sehingga 2.84GHz, 3 teras Cortex A78 dengan kelajuan mencapai 2.4GHz serta 4 teras Cortex A55 bersama kelajuan sehingga 1.8GHz. Ia hadir dengan integrasi GPU Adreno 660 bersama sokongan rangkaian 5G, mmWave dan Sub-6GHz, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2 serta sebagainya.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY