Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qalbox (2)

Qalbox – Penstriman Yang Meraikan Identiti Muslim Disediakan Pembangun Muslim Pro

Diterbitkan Oktober 4, 2022 · Dikemas kini Oktober 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bitsmedia, syarikat pembangun aplikasi Muslim Pro telah melancarkan platform penstriman baharu dinamakan Qalbox.

Jelas syarikat itu, Qalbox ialah perkhidmatan penstriman video mengikut permintaan (SVOD) global yang menawarkan pelbagai kandungan penyiaran yang meraikan identiti dan budaya Muslim.

Qalbox (1)

Antara kandungan ditawarkan termasuklah filem, animasi kanak-kanak, dan dokumentari hingga ke bacaan doa dan Al-Quran.

Ia menawarkan kandungan yang boleh dinikmati oleh umat Islam tanpa mengira di mana mereka berada dalam tahap kerohanian mereka atau genre pilihan mereka. – Bitsmedia

Qalbox telah bekerjasama dengan pihak Astro dan Pixel Play untuk menyiarkan filem-filem Malaysia dan Indonesia seperti Kau Ada (2021), Aku Bunga (2020), Cinta Paling Agung (2015), Hijab (2015), Jilbab Traveller: Love Sparks di Korea (2016) dan banyak lagi dalam beberapa bulan akan datang.

qalbox muslim pro

Walau bagaimanapun, tajuk kandungan daripada Astro tidak akan tersedia kepada pelanggan Qalbox dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia boleh dilanggan secara bulanan untuk RM32.90, tahunan untuk RM249.9, melalui laman web Qalbox.

Berkaitan

  • Perbandingan Antara 5 Platform Penstriman Terkenal Di Malaysia
  • Sebab Kenapa Storan 256GB Dah Mencukupi
  • Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Di Netflix Oktober Ini
  • Netflix Dilapor Lancar Pelan Beriklan Pada 1 November 2022
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Jika anda langgan Muslim Pro, aplikasi itu bersama Qalbox boleh dilanggan pada harga RM24.90/bulan, RM234.90/tahun melalui dalam aplikasi. Pilihan ini nyata lebih berbaloi.

Sumber: Siaran Akhbar Bitsmedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY