Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Beli Belah Ini Sediakan “Bilik Rehat” Bagi Para Suami

Pusat Beli Belah Ini Sediakan “Bilik Rehat” Bagi Para Suami

Diterbitkan Julai 19, 2017 ยท Dikemas kini Julai 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anda seorang suami?

Jika ya, apa yang anda lakukan ketika keluar membeli-belah bersama si isteri?

Teman beli-belah sekali?

Cari kerusi urut, masuk RM5 urut 10 minit?

Cari kerusi panjang duduk main telefon?

Kebanyakkan yang kita selalu lihat di pusat beli-belah, para suami lebih suka untuk duduk dan menghadap telefon pintar.

Ada yang memberi alasan tidak mempunyai stamina untuk berjalan mengelilingi kedai.

Lain pula kisah di pusat beli-belah yang terletak di Shanghai, China. Pemilik pusat beli-belah tersebut tampil dengan satu kaedah menarik bagi menangani masalah itu dengan meletakkan sebuah “bilik rehat” khas untuk para suami.

Pusat Beli Belah Ini Sediakan “Bilik Rehat” Bagi Para Suami

Bilik rehat yang diperbuat daripada kaca itu dilengkapi dengan

  • Kerusi yang sangat selesa
  • Skrin paparan
  • Set permainan video

Para suami boleh menghabiskan masa menunggu isteri dengan bermain permainan era 90 an seperti Tekken 3 dan juga Robocop.

https://www.youtube.com/watch?v=KAWz2bBlDms

Pelbagai reaksi diterima selepas kemudahan ini dipasang. Ada yang menganggap ia idea yang menarik tetapi perlu sedikit penambahbaikan dari segi sistem pengudaraan.

Bagi isteri pula, mereka takut mereka pula yang menjadi mangsa, terpaksa menunggu si suami menghabiskan permainan.

Buat masa sekarang tiada bayaran yang dikenakan kerana ia masih diperingkat ujian keberkesanan.

Sumber: The Paper

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
©2026 WISER.MY