Purata Kelajuan Internet Global Meningkat 23% Berbanding Tahun Lepas

Internet yang pantas amat penting bagi kehidupan seharian pada hari ini. Ia jelas penting dalam membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai tugasan kerja, membuat pesanan makanan mahupun untuk berhibur. Namun, adakah internet hari ini sudah cukup pantas? Atau ia boleh dipertingkatkan lagi ke tahap yang jauh lebih pantas?

Menurut data yang diperolehi daripada kajian pihak M-Lab, purata kelajuan internet di peringkat global telah meningkat sebanyak 23% berbanding kelajuan purata pada tahun lepas. Kajian yang dibuat kepada lebih 163 juta pengguna internet sejak 30 May 2017 hingga 29 May 2018 mendapati kelajuan internet dunia meningkat daripada 7.4Mbps ke 9.1Mbps.



Bagi negara Malaysia pula, kita masih lagi jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain walaupun mempunyai purata kelajuan melebihi purata global iaitu pada 14.4Mbps. Purata kelajuan ini mengambil kira kelajuan muat turun dan muat naik yang dinikmati oleh pengguna yang terlibat dalam kajian ini.

Bagaimanapun, dengan teknologi 5G yang sedang giat dibangunkan dan penggunaan internet fiber yang semakin meluas di seluruh dunia, purata kelajuan global ini dijangka akan melonjak lebih tinggi dalam dua atau tiga tahun mendatang.

Sumber 

 

Berkaitan