Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Internet Di Malaysia Semakin Cenderung Guna Aplikasi Video Dalam Talian Dan Panggilan Suara

Pengguna Internet Di Malaysia Semakin Cenderung Guna Aplikasi Video Dalam Talian Dan Panggilan Suara

Diterbitkan Januari 12, 2019 oleh Haikel Areff

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Pengguna internet di Malaysia kini semakin cenderung menggunakan aplikasi video dalam talian dan panggilan suara berbanding panggilan suara tradisional, menurut tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam kaji selidik terbaharu pengguna Internet 2018 (IUS 2018), SKMM berkata dalam talian video dan panggilan suara melalui aplikasi pesanan sosial di kalangan pengguna internet di Malaysia telah meningkat hampir 30 peratus tahun lepas berbanding 2016.

Ia berkata data kini semakin mampu diakses oleh pengguna dan trend ini menjadi norma bagi rakyat Malaysia.

“Sebanyak 87.4 peratus penduduk Malaysia kini menggunakan internet berbanding 76.9 peratus pada 2016. Pada masa ini, purata dunia adalah 51.2 peratus seperti dilaporkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam laporannya.

“Bagaimanapun, komunikasi melalui mesej teks menggunakan aplikasi pesanan sosial masih merupakan aktiviti dalam talian paling popular di kalangan pengguna internet di Malaysia (93.3 peratus pada 2016 kepada 96.5 peratus pada 2018),” kata SKMM.

Pada November 2018, Indeks Speedtest Global oleh Ookla melaporkan bahawa kelajuan muat turun jalur lebar tetap di Malaysia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 58Mbps berbanding dengan 23Mbps pada Januari 2018.

“Pembangunan ini membolehkan rakyat Malaysia, terutama perniagaan untuk memaksimumkan potensi pendapatan mereka yang diperoleh daripada aktiviti dalam talian,” menurut tinjauan itu.

Kajian tahunan, yang dijalankan antara 26 April hingga 10 Ogos 2018 melalui temuduga melalui telefon, melibatkan seramai 4,160 pengguna Internet di seluruh negara. Responden dipilih secara rawak.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY