Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WIFI Percuma Di Kesemua Kawasan Rehat Dan Rawat PLUS Menjelang 2022

WIFI Percuma Di Kesemua Kawasan Rehat Dan Rawat PLUS Menjelang 2022

Diterbitkan November 27, 2018 oleh Haikel Areff

SEPANG, 26 Nov (Bernama) — Kesemua kawasan rehat dan rawat di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan bakal dilengkapi kemudahan wifi secara percuma menjelang 2022, kata Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) Datuk Azman Ismail.

Beliau berkata kawasan rehat dan rawat pertama yang dijangka dilengkapi wifi percuma ialah Seremban arah selatan pada awal 2020.

“Pada masa ini proses tendering sedang dilakukan dan kemudahan wifi percuma adalah selaras dengan proses naik taraf kawasan rehat dan rawat PLUS,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persimpangan bertingkat Bandar Serenia di sini oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian hari ini.

Menurut Azman, pada masa ini terdapat 24 kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya PLUS di kedua-dua arah.

Sementara itu, Baru dalam ucapannya menegur syarikat konsesi lebuh raya supaya mengambil tindakan serius dalam aspek penyelenggaraan.

“Matlamat menjadikan lebuh raya Malaysia bertaraf dunia hendaklah merangkumi semua elemen pengurusan dan kejuruteraan termasuklah penyelenggaraan,” katanya.

Baru berkata kerja-kerja penyelenggaraan tidak hanya terhad kepada turapan jalan tetapi merangkumi aset-aset lain seperti cerun, sistem perparitan, aspek mekanikal dan eletrikal, bangunan, landskap, peralatan keselamatan, papan tanda dan lampu jalan.

Beliau berkata penggunaan elemen Revolusi Industri 4.0 dalam menangani kesesakan di lebuh raya perlu ditingkatkan kerana kesesakan yang berlaku tanpa diketahui punca adalah perkara yang tidak boleh diterima.

 

Sumber : BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY