Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkampungan Indonesia Sekat Wifi Selepas Remaja Ditangkap Menonton Video Lucah

Perkampungan Indonesia Sekat Wifi Selepas Remaja Ditangkap Menonton Video Lucah

Diterbitkan November 27, 2018 oleh Haikel Areff

Menonton video lucah merupakan satu kesalahan bukan sahaja salah dari sisi agama, malah ia juga merupakan kesalahan undang-undang bagi beberapa buah negara di dunia. Maka tidak hairanlah pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung gejala negatif ini dari terus tersebar.

Ia termasuklah apa yang terjadi pada sebuah perkampungan di Bandar Acheh, Indonesia baru-baru ini. Pemimpin di Desa Curee Baroh telah mengambil keputusan untuk menghentikan bekalan internet di perkampungan mereka berikutan masalah tersebut.

Menurut sumber, pengusaha-pengusaha kafe yang menjadi pembekal perkhidmatan wifi di sana telah diminta untuk menghentikannya kerana menjadikan anak-anak muda leka dan semakin melupakan agama.

Perkampungan Indonesia Sekat Wifi Selepas Remaja Ditangkap Menonton Video Lucah
Gambar hiasan (Kredit: StyleCaster)

Langkah itu terpaksa diambil selepas remaja di sana dilihat sering menghabiskan masa berjam-jam di kafe-kafe untuk menggunakan internet, malah ada yang telah ditangkap ketika menonton video lucah.

Kafe-kafe berkenaan dikatakan menawarkan perkhidmatan internet yang sangat murah bagi menarik pelanggan, di mana lima jam penggunaan ditawarkan pada harga cuma RM 0.88 sahaja.

Malah perkara ini telah mendapat laporan meluas daripada beberapa media antarabangsa. Berita ini jelas mengundang pelbagai respon daripada orang ramai baik menyokong atau menentang tindakan tersebut.

 

Sumber: DailyMail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY