Menurut data yang diperolehi daripada kajian pihak M-Lab, purata kelajuan internet di peringkat global telah meningkat sebanyak 23% berbanding kelajuan purata pada tahun lepas. Kajian yang dibuat kepada lebih 163 juta pengguna internet sejak 30 May 2017 hingga 29 May 2018 mendapati kelajuan internet dunia meningkat daripada 7.4Mbps ke 9.1Mbps.
Bagi negara Malaysia pula, kita masih lagi jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain walaupun mempunyai purata kelajuan melebihi purata global iaitu pada 14.4Mbps. Purata kelajuan ini mengambil kira kelajuan muat turun dan muat naik yang dinikmati oleh pengguna yang terlibat dalam kajian ini.
Bagaimanapun, dengan teknologi 5G yang sedang giat dibangunkan dan penggunaan internet fiber yang semakin meluas di seluruh dunia, purata kelajuan global ini dijangka akan melonjak lebih tinggi dalam dua atau tiga tahun mendatang.
Sumber
Berkaitan
- Google Menampilkan Google Wifi Semasa Google Event Hari Ini
- Perkampungan Indonesia Sekat Wifi Selepas Remaja Ditangkap Menonton Video Lucah
- Beli Pakej 40Mbps, Tapi Hanya Dapat 10Mbps, Tips Bagaimana Menukar Speed Internet Ke Kelajuan Maksimum
- 1.1.1.1 - Servis DNS Terbaru dari Cloudfare, Internet Lebih Laju dan Pelayar Lebih Privasi
- Dapatkan 70GB Internet Sebulan Dengan Prabayar Tune Talk Cun Value
- WIFI Percuma Di Kesemua Kawasan Rehat Dan Rawat PLUS Menjelang 2022
- Apple Keluarkan Kemaskini iOS 12.0.1 Bagi Selesaikan Masalah Sambungan Wifi & Pengecasan iPhone XS
- Huawei Kembali Dalam Senarai SD Associations Dan WiFi Alliance
- Penduduk Cyberjaya Boleh Menikmati Sambungan Internet Pada Kelajuan 1 Gb/s
- "Turunkan Harga Perkhidmatan Internet Sebelum 31 Ogos, Atau Bakal Dikenakan Tindakan" - Menteri Komunikasi & Multimedia