Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Diterbitkan Mei 15, 2018 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Haikel Areff

Semalam kami semua mengalami kemurungan tidak dapat bermain PUBG Mobile kerana ianya dalam proses penyelenggaraan.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Hari ini pihak TenCent sudahpun menawarkan kemaskini terbaru (0.50) bersaiz 738MB. Melalui kemaskini baru ini, TenCent membawakan peta baru digelar ‘Miramar’ bersama beberapa senjata dan kenderaan baru. Selepas ini anda boleh memilih antara dua peta Erangel atau Miramar.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Dalam permainan anda sekarang boleh mengaktifkan mikrofon atau pembesar suara supaya dapat berkomunikasi dengan kesemua 100 pemain.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta BaruKemaskini baru ini juga menawarkan ciri baru untuk permainan secara berpasukan dengan membenarkan anda untuk memasukkan 6 digit kod untuk menubuhkan pasukan pilihan sendiri.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Terdapat juga ciri Synergy dan Connection dimana anda perlu berinteraksi bersama rakan pasukan untuk menaikkan paras Synergy sehingga 100 untuk mendapat Connection dengan menghantar seberapa banyak BP kepada rakan dan berpasukan bersama rakan.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Anda turut boleh memilih 4 efek warna iaitu Classic, Colorful, Realistic dan Soft, manakala untuk tetapan grafik Ultra HD masih lagi belum ditawarkan oleh mereka. “Coming Soon” lagi katanya.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta BaruKami juga mendapati anda boleh mengutip BP di ruang Progress Mission

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Dibahagian SHOP juga dapat dilihat mereka membawakan wajah baru dengan Preview di ubah ke bahagian belah kiri skrin. Melalui kemaskini baru ini, kami dapati TenCent lebih banyak menawarkan pilihan pakaian rare melalui ciri baru Secret Stash, dimana anda berpeluang untuk membeli pakaian dalam masa yang terhad dengan wang anda sendiri.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Akhir sekali, kemaskini 0.5.0 ini juga, anda boleh memilih Region tertentu untuk menghantar jemputan untuk membentuk satu pasukan. Sebelum ini anda hanya boleh jemput secara global, tetapi tidak khusus kepada rantau Asia sahaja contohnya.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Setakat ini, kemaskini baru hanya ditawarkan kepada peranti Android sahaja. Untuk peranti iOS kami tidak dapat pastikan bila kemaskini akan ditawarkan kerana kami menerima laporan ada sesetangah pengguna iOS yang sudah mula mengemaskini.

PUBG Mobile Hadir Dengan Peta Baru

Dah update belum? Selamat berperang.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY