PUBG Mobile : Di Mana Kawasan Looting Terbaik?

Baru-baru ini, syarikat Tencent Games telah melancarkan video game terbaru mereka iaitu PlayerUnknown’s BattleGround Mobile atau lebih dikenali sebagai PUBG Mobile. Permainan ini bermula apabila semua 100 pemain akan terjun dari kapal terbang dan mendarat di sebuah pulau yang besar sebelum berperang sesama sendiri bersama pasukan, duo atau perseorangan untuk menjadi Last Man Standing di pulau tersebut. Selain skil bermain, senjata yang baik juga mampu memberi kelebihan kepada pemain. Jadi ‘looting’ senjata dan peralatan terbaik merupakan perkara yang penting bagi memulakan permainan. Di bawah merupakan 5 kawasan terbaik untuk anda loot senjata kegemaran anda.

  • Military Base




Pemain PUBG Mobile pasti sudah menjangkakan Military Base berada dalam senarai ini. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang menjanjikan peluang untuk loot lebih banyak senjata dan peralatan seperti helmet atau baju perisai pangkat 3. Namun, ia semestinya dipenuhi dengan pemain lain, jadi  anda perlu memilih kawasan mendarat yang betul bagi mengelak dibunuh sebaik sahaja anda mendarat.

Bagi memastikan anda berjaya selamat tanpa dibunuh di Military Base, anda perlu mendapatkan senjata secepat mungkin selain perlu cuba untuk berada di dalam bangunan bagi mengelak daripada dikesan.

Untuk keluar dari kawasan ini, terdapat kesukaran untuk berbuat demikian kerana kedudukan tempat ini yang dihubungkan dengan 2 jambatan ke tanah besar. Kemungkinan diserang hendap ketika melalui jambatan ini adalah besar dan pemain terpaksa mempertimbangkan jalan keluar menggunakan bot di laut.

  • Shipping Dock




 

Shipping Dock merupakan kawasan yang memberikan anda peluang untuk mendapatkan loot yang istimewa dan rare. Bagaimanapun, ia merupakan kawasan yang merbahaya dan menjadi tumpuan pemain lain, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Dinasihatkan untuk anda mendarat di gudang berdekatan dahulu sebelum mula masuk ke dok. Anda juga boleh beranikan diri untuk naik ke atas kontena untuk mengambil senapang riffle.

Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan peralatan terbaik terlebih dahulu bagi memudahkan untuk anda masuk ke kawasan dok kerana kebiasaannya ramai pemain yang berkeliaran di kawasan itu. Pastikan pergerakan anda pantas kerana kawasannya yang terbuka memudahkan musuh untuk mengesan anda.

  1. Prison




High risk, high return. Itulah kata yang paling sesuai untuk menerangkan berkenaan Prison dalam PUBG Mobile. Apabila berada di Prison, anda perlu berhati-hati dan jika bermain secara berpasukan, pastikan anda masuk bersama-sama kerana keadaan dan kedudukan bangunan di sini akan memberi risiko untuk dibunuh yang lebih besar. Tapi jika berjaya untuk terus hidup, peralatan berpangkat tinggi akan menanti anda di sana.

Di Prison, bermain secara selamat adalah jalan terbaik. Sentiasa bergerak secara perlahan dan berjaga-jaga serta bersedia untuk melepaskan tembakan pada setiap selekoh dalam bangunan di sana. Sentiasa memasang telinga untuk mendengar bunyi larian musuh agar data memintas dan membunuh mereka.

Pemain juga perlu bersedia dengan kenderaan mereka sendiri atau berisiko diserang ketika mendapatkan kenderaan di kawasan luar Prison kerana tiada kenderaan boleh didapati di dalam Prison.

  • Mansion




Di Mansion, akan terdapat tiga buah bangunan yang besar serta tiga lagi bangunan di luar kawasan Mansion. Jadi, kalau anda memilih untuk mendarat di Mansion, seeloknya anda sudah mendapatkan SMG atau senapang patah di bangunan luar terlebih dulu sebelum masuk ke kawasan Mansion untuk mendapatkan peralatan yang lebih baik.

Terburu-buru memasuki kawasan ini tanpa senjata yang sesuai boleh mengundang maut apabila berhadapan pemain yang sudah bersedia menghadapi pihak lawan.

Kawasan Mansion ini sukar diakses kerana tiada jalan berdekatan yang menghubungkan kawasan ini. Bersiap sedia untuk segera bergerak keluar jika bulatan biru semakin menghampiri.

  • Mylta Power Plant




Mylta Power Plant boleh dikatakan sebagai Military Base versi bajet. Kawasan ini memiliki jumlah senjata dan peralatan yang agak sedikit jika dibandingkan dengan Military Base,dan risiko untuk loot di sini juga lebih kecil. Cuba dapatkan sebarang peralatan terlebih dahulu sebelum memasuki bangunan kilang besar yang terdapat di sana.

Para pemain tidak perlu terlalu fokus untuk berada di kawasan ini menyebabkan agak mudah untuk keluar dengan selamat namun kedudukannya agak menyukarkan untuk pemain ke kawasan lain di peta kerana terpaksa melalui kawasan Prison yang mungkin mempunyai lebih ramai musuh.

Kedudukan Mylta Power ke kawasan tengah peta mungkin sukar kerana anda perlu melalui beberapa kawasan besar seperti Prison, Mylta dan Lipovka yang berpotensi menjadi tempat pemain lain mendarat. Bergerak dengan kenderaan darat merupakan pilihan baik jika anda tidak mahu bertempur pada peringkat awal.

Sumber