PUBG Difatwakan Haram Oleh Penguatkuasa Agama Di Kurdistan

Jika PUBG dan PUBG Mobile amat popular di negara ini, lain pula ceritanya dengan Bandar Kurdis, salah sebuah bandar utama di Iraq. Penguatkuasa agamanya baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengharamkan permainan berkenaan.

Selepas perbincangan lanjut mengenainya dijalankan, mereka bersetuju untuk mengeluarkan fatwa pengharaman kepada PUBG atas alasan ia melalaikan para pemain. Selain itu, ia juga dikatakan membuatkan para pemain obses kepadanya sehingga mengabaikan nilai dan gaya kehidupan normal mereka.

Kapsyen: PUBG Mobile


Tambahan pula, terdapat satu penceraian telah berlaku disebabkan oleh permainan tersebut di Kurdis baru-baru ini. Ia dipercayai berpunca daripada keengganan seorang isteri untuk berkongsi darah(mungkin first-aid kit) kepada suaminya ketika bermain bersama, sebaliknya memberikan kepada pemain lain.

Sebelum ini, pihak berkuasa China juga telah mengharamkan permainan ini atas alasan ia bertentangan dengan nilai-nilai sosial dan etika serta budaya masyarakat China. Seorang ibu di negara itu turut pernah menyalahkan PUBG apabila anaknya terjatuh(dipercayai terjun) dari bangunan tinggi di timur China.

Oleh sebab itu, kami di Wiser.my suka mengingatkan para pembaca untuk tidak terlalu obses dengan PUBG atau apa jua permainan video yang melalaikan. Ia bukan sahaja bertentangan dengan nilai agama, malah turut boleh memudaratkan diri jika tidak dikawal dengan baik.

 

Sumber: Kurdistan24