PUBG Dalam Perjalanan Menemui Pemain Di PS4

Sejak tahun 2017, PlayerUnknown's Battleground atau PUBG telah menjadi permainan eksklusif untuk platfom PC dan konsol XBox. Semua itu bakal berubah jika apa yang ditemui ini adalah benar kerana beberapa pengguna di Korea Selatan telah mendapati permainan ini telah berada di badan penarafan permainan Korea Selatan untuk PS4.

Dengan hak eksklusif PUBG untuk PC dan Xbox semakin menghampiri tarikh luput, permainan tersebut kini dalam proses untuk dilancarkan untuk konsol PlayStation 4 pula. PlayStation tidak mempunyai program akses awal untuk permainan di platfom mereka, menandakan pengguna akan terus mendapat versi penuh PUBG yang stabil.

Walau bagaimanapun, PUBG akan menghadapi tentangan sengit daripada permainan lain yang sama konsepnya seperti H1Z1 dan Fortnite yang ditawarkan secara Free-to-play di platfom tersebut.

Sumber: engadget, ign