Barangan-barangan terdiri daripada pakaian, kelengkapan perang serta senjata api dari pelbagai jenis tetapi baru-baru ini, syarikat pembangun mungkin tersilap langkah dengan menambah barangan yang menimbulkan kontroversi.
Topeng dengan imej Rising Sun ditambah ke dalam permainan yang mana ia mengundang kontroversi kerana logo matahari terbit itu pernah digunakan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu sewaktu mahu memperluaskan kawasan jajahan ke negera terdekat seperti Korea Selatan dan China.
Bertindak pantas selepas menerima laporan, syarikat pembangun iaitu Bluehole telah membuang barangan itu dari permainan dan menawarkan bayaran balik bagi pemain yang sudah membelinya.
Bukan topeng Rising Sun sahaja yang mendapat perhatian negatif tetapi pemain turut mengenalpasti bot dengan nama Unit 371, menyamai bot yang digunakan Jepun dahulu.
Unit 371 dahulu dikenali sebagai divisyen perang yang tidak mengenal erti kemanusiaan kerana menyiksa tahanan yang kebanyakkannya dari China, Korea Selatan dan Rusia. Sepertimana topeng itu, Unit 371 juga sudah ditarik balik dari permainan.
Permainan tembak-tembak ini sudah mempunyai 400 juta orang pengguna aktif seluruh dunia dari pelbagai platform, sama ada komputer, iOS, Android atau Xbox One.
Sumber: Gamerant
Berkaitan
- Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10
- Fortnite, Samsung Galaxy Watch Dan Google Night Sight Antara Pemenang GLOMO Awards Di Acara MWC 2019
- Harga Galaxy A8 dan A8+(2018) Agak Mahal? Ini Penjelasan Dari Pengarah Pemasaran Samsung
- (Video) Samsung Galaxy Z Fold3 'Dibedah', Perlihatkan Bahagian Dalaman
- WhatsApp Selepas Ini Akan Mudahkan Pengguna Sunting Gambar Terus Dalam Aplikasi
- Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore
- (Khabar Angin) Rekaan Iphone 8 Mirip Dengan Samsung Galaxy S8
- Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi
- Qualcomm Tidak Mahu Samsung Hasilkan Snapdragon 865
- Samsung Bakal Keluarkan Cip Exynos 9810, Mungkin Dipasang Pada Galaxy S9