Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 teardown_

PS5 ‘Slim’ Diperlihat Dengan Mudah Boleh Buka-Pasang Pemacu Cakera

Diterbitkan November 7, 2023 · Dikemas kini November 7, 2023 oleh Amalina Athman

Sony bulan lalu telah mengumumkan PS5 baharu, yang lebih nipis serta dilengkapi pemacu cakera boleh tanggal. Secara spesifik, Sony belum lagi mengumumkan tarikh jualan konsol permainan itu untuk pasaran global.

Namun, beberapa YouTuber telah menerimanya terlebih dahulu, termasuk Dave Lee. Menerusi saluran Dave2D, Lee telah memuat naik video PS5 baharu tersebut, yang menunjukkan bagaimana pemacu cakera boleh tanggal itu berfungsi.

Berkaitan

  • Sony Umum PS5 Baharu - Lebih 'Slim', Pemacu Cakera Boleh Tanggal
  • PS5 Baharu Dengan 1TB Storan Akan Dijual Pada Harga Bermula RM2,069

Setelah penutup plastik PS5 ditanggalkan, ia memperlihat pemacu cakera ditempatkan pada papan induk dengan terdapat tiga skru padanya. Namun, tidak perlu menggunakan sebarang alat untuk membuka skru tersebut.

Sebaliknya, hanya perlu tekan di bahagian anak panah yang ditunjukkan untuk menanggalkan pemacu cakera.

PS5 teardown_3
PS5 teardown_4
PS5 teardown_5

Apabila pemacu tersebut dikeluarkan, ia mendedahkan terdapat port sambungan di bahagian belakang untuk dimasukkan ke soket pada papan induk.

PS5 teardown_6

Untuk memasangnya semula, hanya perlu letakkan pemacu cakera pada papan induk dan tekan. Ya, semudah itu.

PS5 teardown_1

Dalam pada itu, Lee turut meletakkan PS5 ‘slim’ dengan model sedia ada, memperlihat perbezaan saiz antara kedua-duanya. Dengan saiz yang lebih kecil, sekali gus PS5 baharu ini mempunyai berat yang lebih ringan.

Untuk video penuh, tontonnya di bawah.

Sementara itu, sempena jualan 11.11, anda juga boleh dapatkan PS5 untuk model sedia ada pada harga bermula RM1,949 serta produk lain melalui Shopee atau Lazada.

Sumber: Youtube Dave2D

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY