Prototaip Snapdragon 875 Memperlihatkan Skor 899,401 Pada AnTuTu

Digital Chat Station kini telah berkongsi hasil penanda aras yang didakwa adalah prototaip telefon pintar dengan janaan cip pemproses Snapdragon 875. Menerusi tangkap layar yang dikongsi, ia memperlihatkan nama kod cip Snapdragon 875 iaitu Lahaina.

skor Snapdragon 875

Menerusi tangkapan skrin itu, ia menunjukkan skor terperinci yang diperoleh peranti prototaip tersebut. Snapdragon 875 telah memperoleh skor 899,401 pada AnTuTu. Sementara itu, kelajuan CPU yang direkodkan adalah 333, 246 dengan skor GPU sebanyak 342,225.



Bagaimanapun, prestasi produk akhir mungkin sedikit rendah berikutan keputusan ini adalah berdasarkan prototaip. Tetapi, secara perbandingan prestasi Snapdragon 875 adalah lebih baik berbanding Snapdragon 865 dan Kirin 9000.

Terdahulu, laporan menyatakan peranti mercu seperti Samsung Galaxy S21 dan Xiaomi Mi 11 akan menjadi peranti terawal yang dimuatkan dengan cip Snapdragon 875. Cip ini dijangka akan dibangunkan dengan proses 5nm serta mempunyai bilangan teras 1+3+4, di mana teras utama kemungkinan menggunakan Cortex X1.

Cip Snapdragon 875 dijangka akan diperkenalkan pada awal Disember melalui acara Qualcomm Tech Summit 2020.

Sumber: Digital Chat Station via GizmoChina