Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PROTON e.MAS

Proton e.MAS Jenama EV No.1 Di Malaysia, Kuasai Lebih 60% Bahagian Pasaran

Diterbitkan September 15, 2026 · Dikemas kini September 15, 2026 oleh ariff bukhari

Proton e.MAS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia apabila menguasai lebih 60% bahagian pasaran dan mencatat 27,403 pendaftaran dari Januari hingga Ogos 2026.

Kejayaan ini disokong oleh rekod baharu lebih 6,000 pendaftaran pada Ogos, menjadikan e.MAS sebagai jenama EV No.1 di negara ini.

Model Proton e.MAS 7 kekal sebagai SUV EV paling laris, manakala e.MAS 7 PHEV memimpin segmen hibrid.

 

“Untuk mencapai lebih 60% bahagian pasaran merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna buat Proton e.MAS.” Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Secara keseluruhan, Proton merekodkan 27,856 pendaftaran EV,  merangkumi 18,014 unit Proton e.MAS 5 dan 4,278 unit Proton e.MAS 7 yang merupakan pendaftaran domestik dan eksport, serta 5,562 unit Proton e.MAS 7 PHEV daripada pasaran domestik.

Beliau menegaskan bahawa matlamat utama Proton bukan sekadar angka jualan, tetapi memastikan rakyat Malaysia menikmati pengalaman EV yang menyeluruh melalui peningkatan kemudahan, infrastruktur, dan sokongan pengguna.

e.MAS 5
Kesemua model dan varian Proton e.MAS kini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EV PROTON di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim.

Kesediaan perkhidmatan selepas jualan turut diperkukuh menerusi ketersediaan alat ganti tulen, dengan 98.8% alat ganti biasa tersedia di seluruh rangkaian Proton e.MAS yang bertauliah.

Proton berkata, mereka akan terus memperluas rangkaian model e.MAS dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab mobiliti hijau serantau.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Proton S70 Lite Dan Prime Diperkenal, Anggaran Harga Bawah RM60,000
  • Volkswagen Perkenal EV Paling Cekap Tenaga Dengan Bumbung Solar, Sekali Cas Boleh Pergi Hingga 1,278 KM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY