Dengan pengenalan ini, ia akan menggantikan piawaian lama iaitu WPA2 yang melindungi peranti tanpa wayar sejak 2006 lagi.
Antara penambahbaikan yang hadir pada generasi baru ini adalah kepada rangkaian WiFi terbuka seperti yang kita boleh lihat di lapangan terbang, restoran dan tempat-tempat awam yang lain.
Rangkaian WiFi terbuka ini tidak disulitkan dan peranti di dalam rangkaian itu terdedah kepada ancaman godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menerusi WPA3, penyulitan data dibuat secara individu yang mana penggunaan ditempat rangkaian terbuka lebih selamat.
WPA3 juga menawarkan perlindungan daripada brute-force dictionary attacks, oleh itu pengodam lebih sukar untuk meneka kata laluan rangkaian WiFi anda. Ia juga akan menyekat pengodam sekiranya kata laluan salah dimasukan secara berulang kali.
Tambahan lagi, WPA3 juga dibangunkan dengan ciri yang dapat membendung serangan Krack yang berjaya memanipulasi protokol keselamatan WPA2.
Menurut WiFi Alliance, kita bakal melihat peranti dengan pensijilan WPA3 lewat tahun ini.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini
- Redmi Note 9S Dikatakan Mempunyai Masalah Sambungan WiFi
- Internet Mudah Alih Lebih Laju Berbanding WiFi Di Kebanyakkan Negara
- Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi
- India Umum Sediakan Kemudahan WiFi Di Dalam Pesawat Penumpang
- Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai wifi@unifi, Percuma Sehingga 31 Disember Ini
- Nombor Versi WiFi Kini Lebih Mudah Untuk Diingati
- Peranti WiFi Pada Masa Hadapan Mungkin Menggunakan Sinaran Infra Merah Untuk Sambungan Yang Lebih Pantas
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Boleh Guna Ciri VoWiFi Bermula 30 Januari Ini
- Huawei WiFi AX3, Router Dengan Sokongan WiFi 6 Berharga RM299