India Umum Sediakan Kemudahan WiFi Di Dalam Pesawat Penumpang








Dari tahun ke tahun, pelbagai rungutan
diterima India disebabkan polisi negara itu yang tidak membenarkan penggunaan
WiFi di dalam pesawat yang terbang diruang angkasa mereka. Kini, penumpang
penerbangan di India bakal disajikan dengan kemudahan internet tidak lama lagi.


Kerajaan India sudah bersedia mengumumkan
setiap penerbangan di ruang angkasa mereka mempunyai kemudahan WiFi di dalam
pesawat. Kementerian Kerajaan Tempatan, Telekomunikasi dan Aviasi juga akan memastikan
servis WiFi pada setiap penerbangan keluar dan masuk ke negara itu berjalan
tanpa sebarang gangguan.





Sebelum ini, penerbangan domestik di India
tidak dibenarkan menggunakan kemudahan WiFi dalam pesawat atas sebab-sebab
keselamatan. Syarikat penerbangan yang lain turut terkena tempias yang sama
kerana setiap pesawat yang melintasi ruang udara India di wajibkan menutup
servis internet dan ia menimbulkan kekecewaan dalam dunia penerbangan awam.
Perubahan terhadap polisi itu dibuat setelah sebuah agensi di India berjaya
menemui cara untuk memintas sebarang panggilan suara ataupun penggunaan data di
dalam pesawat.







Kebimbangan India terhadap penggunaan
servis internet dalam pesawat mula timbul berikutan kejadian rampasan pesawat
yang berlaku di Kathmandu pada Disember 1999. Sekarang mereka tidak perlu
bimbang lagi kerana mempunyai teknologi yang mampu memintas sebarang komunikasi
dalam pesawat pada bila-bila masa yang dikehendaki.