Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini

Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini

Diterbitkan April 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Johor WiFi merupakan kemudahan jalur lebar yang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Johor pada Ogos 2015 yang lalu.

Selama 2 tahun kemudahan ini disediakan, sebanyak 135 Hotspot diseluruh negeri Johor telah menikmatinya dan kini ia akan diperluaskan lagi ke 74 lokasi yang lain.

49 dari lokasi terbaru itu membabitkan kawasan luar bandar yang dilaporkan menelan belanja sehingga RM4.31 juta.

Menurut Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri,

“Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM4 juta setahun untuk tempoh tiga tahun ini bagi melaksanakan kemudahan ini. Sejak dilaksanakan, kira-kira 235,000 pengguna sudah mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan berkenaan secara percuma,” katanya pada majlis pelancaran Johor WiFi Luar Bandar di Kampung Parit Puteri Menangis pada hari Isnin yang lalu.

Lima lokasi berpotensi dibangunkan sebagai hotspot telah dikenal pasti bagi daerah Pontian dan antaranya adalah

  • Dewan Homestay Puteri Menangis
  • Pejabat Tanah dan Daerah Pontian
  • serta Masjid Penerok

Kemudahan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat celik IT disamping membantu rakyat tidak mempunyai akses kepada internet.

Sumber: Berita Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY