Terbaru, syarikat komunikasi gergasi negara itu telah mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan TM WiFi kepada wifi@unifi dan bermula pada 16 September lepas, semua pengguna (tidak kira pelanggan TM dan bukan pelanggan TM) boleh mengakses servis wifi@unifi ini secara percuma dan tanpa had dengan sambungan sehingga 4Mbps.
Tawaran percuma ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2017 dan anda boleh menggunakannya tanpa membuat sebarang pendaftaran dan bayaran.
Menurut laman Lowyat.net, untuk akses percuma ini, ia hanya terhad kepada 30 minit sehari dengan sambungan maksimum 1Mbps. Bagi pelanggan UniFi dan Streamyx pula mereka berupaya menerima sambungan sehingga 4Mbps tetapi dengan kuota 500MB sehari. RM3 pula akan dikenakan untuk mengaktifkan akses tanpa had.
Jadi untuk anda yang berada dikawasan capaian wifi@unifi bolehlah menggunakan secara percuma sehingga hujung tahun ini.
Sumber: TM, Lowyat.net
Berkaitan
- Bersenam Sambil Di Urut U-Gym
- Motorola Dan HONOR Dikhabar Akan Hadir Dengan Peranti Boleh Lipat
- Google PlayStore Boleh Halang Telefon Yang Sudah Di-Root Dan Custom ROM Dari Memuat Turun Aplikasi
- Facebook Uji Butang "Downvote" Untuk Tandakan Komen Buruk
- Jelajah Trak Huawei Nova Superstar Bakal Menemui Anda Sehingga 30 September Ini
- Harga Jualan Samsung Gear 360, Gear VR Dengan Controller, Dan DeX Station Untuk Pasaran Malaysia
- Aplikasi Touch 'N Go Wallet Kini Dalam Peringkat Ujian Beta
- MediaTek Helio G85 Diperkenalkan Secara Rasmi
- Ciri Imbasan Cap Jari Galaxy A50 Dikatakan Bermasalah Selepas Kemaskini Firmware
- YouTube Gagal Diakses Di Seluruh Dunia