Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi

Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi

Diterbitkan Ogos 23, 2016 · Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Router merupakan peralatan yang sinonim dengan teknologi
WiFi. Semakin hari semakin banyak peranti yang memerlukan sambungan ke WiFi.
Contohnya di rumah, anda mungkin mempunyai komputer riba, telefon pintar dan
tablet yang digunakan di pelbagai sudut rumah anda. Pasti anda mengalami
masalah liputan rendah WiFi di dalam rumah anda. Bayangkanlah, anda meletakkan
modem dan router di ruang tamu dan ingin mengaksesnya dari bilik tidur di
tingkat atas sudah pasti isyarat WiFi yang diterima sangat rendah.
Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi

Netgear salah satu nama besar pengeluar router untuk rumah
memperkenalkan router unit-pelbagai yang diberi nama Orbi. Netgear memanggilnya
sebagai “Sistem WiFi” kerana secara teknikalnya ia adalah kombinasi dua buah
router yang berhubung antara satu sama lain. Pemanjang jarak isyarat dan
beberapa perisian turut dipasang pada peranti itu.
Peranti itu berkeupayaan memberi liputan WiFi seluas 4,000
kaki persegi dengan isyarat yang mampu sampai ke setiap sudut rumah anda. Orbi
terdiri daripada dua unit router; router utama dipasangkan pada modem anda
manakala unit yang kedua diletakkan di tengah-tengah rumah anda. Ia perlu di
letak pada tempat yang terbuka seperti diatas meja ataupun rak untuk memberi
isyarat yang baik. Unit kedua inilah yang akan berfungsi menghantar isyarat ke
segenap ruang di rumah anda.
Netgear Rancang Atasi Masalah Liputan WiFi
Netgear juga menjelaskan Orbi merupakan router unit-pelbagai
yang pantas kerana ia dilengkapi dengan 3 frekuensi radio. Ia menyokong
teknologi 802.11 ac WiFi berfrekuensi 2.4Ghz dan 5GHz. Frekuensi tambahan 5GHz
yang menggunakan MU-MIMO bagi penghantaran informasi berkelajuan tinggi.

Orbi akan berada di pasaran pada bulan ini
dengan harga jualan $399.99.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY