Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 9S

Redmi Note 9S Dikatakan Mempunyai Masalah Sambungan WiFi

Diterbitkan Jun 18, 2020 oleh Helmi Samsuri

Penawaran Redmi Note 9S untuk pasaran Malaysia sudah dimulakan sejak Mac yang lalu. Dimuatkan dengan spesifikasi baik bagi sebuah peranti bawah RM1000, ia sudah pasti menjadi buruan pembeli kelas pertengahan.

Namun berdasarkan perkongsian di forum komuniti Mi, XDA, dan Reddit, pemilik Redmi Note 9s menghadapi isu berkaitan sambungan dengan rangkaian WiFi.

Antara aduan yang diutarakan adalah sambungan WiFi terputus sekitar 10-15 minit selepas skrin peranti terpadam. Apabila skrin dinyalakan, simbol WiFi kelihatan terpasang tetapi tiada sambungan dan pengguna perlu mematikan dan menghidupkan kembali fungsi WiFi tersebut secara manual.

Terdapat juga pengguna yang mengatakan masalah ini sudah diperbaiki melalui kemaskini MIUI 11.0.8.0, tetapi ada juga unit yang masih bermasalah.

Dikatakan Xiaomi sudah maklum tentang isu tersebut dan kini sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Bagi yang memiliki Redmi Note 9S, adakah anda mengalami masalah serupa?

Sumber: XDA Developers

Beli Redmi Note 9S di:

Lazada: https://invol.co/clp9g8

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY