Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek Bas Bertingkat Di China Didakwa Hanya Sekadar Penipuan

Projek Bas Bertingkat Di China Didakwa Hanya Sekadar Penipuan

Diterbitkan Julai 10, 2017 · Dikemas kini Julai 10, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anda ingat mengenai bas bertingkat China yang pernah tular di media sosial suatu ketika dahulu?

Ramai memuji tentang projek pengangkutan awam berkenaan kerana ia difahamkan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara tanah besar itu.


Ia merupakan idea yang dianggap baik kerana bas itu mampu bergerak diatas deretan kenderaan tetapi bagi sesetengah pihak ia kedengaran seperti too good to be true.

Nampaknya harapan untuk melihat perkhidmatan bas tersebut dilaksanakan terkubur apabila projek itu dibatalkan secara rasmi.

Projek berkenaan telah didakwa hanya sekadar penipuan yang dibuat bagi memungut dana daripada pelabur.

Beberapa hari yang lalu, pihak berkuasa China mengumumkan akan membuka kertas siasatan melibatkan projek yang dikenali sebagai Transit Elevated Bus (TEB) itu.

Seramai 32 orang telah ditahan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi dalang dalam kes pungutan dana haram ini.

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, 72 orang pelabur telah memfailkan saman terhadap syarikat bas bertingkat itu yang mana jumlah dana terkumpul melebihi daripada 9.1 bilion yuan (RM5.8 bilion).

http://ht3.cdn.turner.com/money/big/news/2017/06/23/chinese-elevated-bus-finally-dismantled.cnnmoney_1024x576.mp4

Kerajaan China juga telah mengarahkan laluan bas sepanjang 300 meter dimusnahkan dan bas bertingkat itu dialihkan ke kawasan letak kenderaan yang berhampiran.

Sumber: CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY