Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-04-17 at 16.16.02

Projek 30 – Penyelesaian Bagi Masalah Pembaziran Makanan #MyEDTECH2018

Diterbitkan April 17, 2018 ยท Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Haikel Areff

Pembaziran makanan adalah satu perkara yang sering dipandang remeh oleh manusia pada masa kini. Ini kerana ia sudah dianggap perkara biasa dan tidak memberi apa-apa impak yang besar dalam hidup seharian. Namun tahukah anda, di Malaysia sahaja, sebanyak 38,000 tan makanan terbuang dicatatkan dalam satu hari.

Projek 30 – Penyelesaian Bagi Masalah Pembaziran Makanan #MyEDTECH2018

Dengan melihat angka yang amat membimbangkan tersebut, pihak yang menggelar diri mereka Projek 30 telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membangunkan satu aplikasi dan peralatan khas bagi mengurangkan pembaziran makanan. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk menganalisis jumlah makanan yang perlu dihidangkan bersesuaian dengan jumlah tetamu atau pelanggan.

Satu alat penimbang akan diletakkan dibawah tray hidangan untuk menimbang berat hidangan yang masih belum dimakan, ia dapat membantu penjual atau penyedia makanan untuk mengenalpasti jumlah berat bahan mentah yang perlu digunakan untuk satu-satu hidangan. Ini akan dapat membantu menjimatkan kos penjual makanan disamping mengurangkan pembaziran.

Projek 30 – Penyelesaian Bagi Masalah Pembaziran Makanan #MyEDTECH2018

Melalui analisa ini, penjual atau penyedia produk makanan akan menggunakan data yang diperolehi bagi membantu dalam mengoptimumkan kadar pengeluaran mereka. Menurut Cik Zalikha Razali, CEO dan juga pengasas bersama projek ini, produk ini masih lagi dalam proses pembangunan dan dijangka dapat dilancarkan ke pasaran dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Projek 30 ini, anda boleh layari laman sesawang mereka di sini.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY