Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada

Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada

Diterbitkan September 13, 2017 ยท Dikemas kini September 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Siapa tidak kenal kenal dengan Lazada, platform e-dagang yang semakin meningkat naik di dalam negara yang menawarkan pelbagai barangan daripada kelengkapan dapur hinggalah gajet teknologi, semuanya tersedia untuk dibeli secara dalam talian.

Memetik laporan dari Amanz.my, laman jualan dalam talian tersebut telah mengumumkan satu program yang mana ia bakal membantu para peniaga membuka gedung dalam talian di platform berkenaan. Program yang diberi nama #EveryoneCanSell itu merupakan kerjasama antara beberapa pihak seperti, Lazada Malaysia, SSM, TM, Maybank, dan SME Corp.

Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada
Majlis pelancaran program yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
Foto kredit: Amanz.my

Berdasarkan laporan itu, para peniaga yang mendaftar dengan program ini akan diberikan latihan khusus dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian selain bakal menerima kemudahan pinjaman kewangan dari pihak Maybank, kemudahan internet dari TM, dan analisis perniagaan daripada Lazada.

Program #EveryoneCanSell menyasarkan penyertaan sehingga 50,000 peniaga menjelang tahun hadapan. Jelas sekali dengan wujudnya program seperti ini, Lazada ingin memperkuat kedudukan mereka sebagai platform e-dagang di Malaysia.

Klik untuk daftar Program #EveryoneCanSell

Sumber: Amanz.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY